Friday, August 13, 2010

Catatan Ramadhan

Ramadhan datang lagi... penuh barakah, tinggal kita saja samada cukup bijak untuk mengaut sebanyak mana barakah yang telah Allah sediakan. Marilah kita menjadi manusia rakus: bukan rakus cari kekayaan umpama Mr. Crab (dlm Sponge Bob) yg pantang nampak duit.... mesti dah excited semacam! Ini Umi dah cakap kat Acu pagi tadi. Hal ini pun kerap disebut oleh Ustaz Zahazan dlm Tafsir Quran... Jom kita jadi rakus untuk buat kebaikan: walaupun perkara tu nampak kecik/remeh. Kerana yg sikit inilah yg memungkinkan jadi besar.
Ramadhan, dalam kita berpuasa banyak aktiviti yang kita boleh buat yg telah disediakan pahala berganda: baca AlQuran, zikir,baca buku etc,etc and even sleeping.
Masa tulis ni, its already third Ramadhan. Hari ini Farhan & Iqah balik so iftar ramai sikit. Menu hari ini ialah: Mee sup (guna Angel Hair) dan popia. Ada juga jeli(cair sikit) dan Bubur Lambuk dari surau Kaki Bukit. Air Jagung.
Hari pertama Ramadhan, menu iftar: Puding Kukus Laici, Bubur (Bkt Perdana), Nasi, Ayam Masak Lemak Cili Api dan sayur. Air Bandung.
Hari kedua Ramadhan, menu iftar: Bubur(Kg Istana & Kaki Bukit), Popia Basah & Kering, Nasi Lauk Asam Ikan & sayur. Air Bandung.

Catatan Ramadhan

Ramadhan datang lagi... penuh barakah tinggal kita saja samada cukup bijak untuk mengaut sebanyak mana barakah yang telah Allah sediakan.