Thursday, December 30, 2010

Who ask for it?

Ready to go but couldn't. Why? Car's battery flat.... No warning, nothing, all sudden it happens! Nak gi kerja camner?? But a pleasant thing happens: contact K.But... dia tolong hantar, me and Yah.
8.30++ baru sampai sekolah. Since it is supposed to be reg for F2,3,5 and 6... I'm not involved. Update EMIS kat office. Pretty hungry by 10.30 ada free mkn kat canteen - Pengetua's treat: mee kari and kuih. Alhamdulillah. Another pleasant thing happens! Then another one: esok cuti... tak pyh gi sek! Sbb M'sia menang bola last night (AFF Suzuki cup). There, I told you: we do have pleasant things happen around us, but many went unnoticed.
Nak balik camner? Dua cikgu tak dtg (yg biasa hantar anak ke Tadika Iman). Then another teacher dapat hantar. How nice! (One more pleasant thing happens - alhamdulillah) By 12.30 sampai rumah.
For lunch, Farhan beli Nasi Ambeng. He manages to get the last 4! Pleasant thing lagi... since I don't have to cook. Mlm ni tgh fikir apa nak masak. Or gi Pasar Malam je kat Jln Omar.

Wednesday, December 29, 2010

Motivasi Rabu


Upon reading an article in RD(Jan 2011) about a guy penning everything that is consider awesome, I have the idea to do a similar thing..... jotting down any pleasant thing that happen everyday, at least one. Surely, there is a pleasant thing occurs that goes unnoticed because most of the time we tend to remember the unpleasant more.... How negative we are!!
So today, I want to start with these:
1. Listening to 'Jasa Bonda' on the radio while typing these, :)))
2. Don't have to attend any school's meeting today!
3. Learn a statement in Arabic - "min yaum min al kharu" = dari hari ke sehari
4. Notice the notes on the tab from the tissue box(see pix).

Wednesday, December 22, 2010

Motivasi diri Rabu

As usual there is a program on Ikim.Fm at 10.15 am for every Wed, self motivation and a very nice one. Conducted by Dr Muhaya Muhammad. Today it is about " Etika Kerja" - bagaimana nak motivate orang supaya kerja dgn kepuasan : make it meaningful, setiap yg kita buat ada beri manafaat kpd diri dan org lain.
Tiga perkara diutamakan dlm pekerjaan: ubudiyyah (i.e jaga solat), mas'uliyyah ( bert/jwb) dan Itqan ( kerja dgn sempurna).
Selain dari itu untuk kita rasa bahagia: elakkan bersikap negatif (i.e tak leh buat, fikirkan problem,etc), elak menghukum orang( fikir kelemahan diri ), jgn sikap melampau dlm sesuatu hal ( i.e belanja, makan, kerja).
Orang yang bahagia akan membahagiakan orang lain.
Untuk menjadikan diri sentiasa bermotivasi : tambahkan ilmu dgn pembacaan, mendengar dan juga menghayati alam maya.
Tambahan- my own notes: Ingat Allah, nescaya Allah ingat kita. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Dia kpd kita. Jika kita lupa Allah, Allah akan lupakan kita. Jika kita dekat dgn Allah sentiasa tak kira waktu susah atau senang, bila kita berdoa: kita akan rasa Allah mendengar doa kita.
Jika kita rasa Allah bersama kita; tak kira apa orang kata @ anggap, kita rasa lapang dada. We have done what we should and Allah knows, nothing else matter. No justification is needed.
" Hidup itu indah, jika Allah bersama kita"

Tuesday, December 21, 2010

Getting to the end.......

Alamak! It's almost over! Apa dia??? Cuti ler! Next week, beginning from Monday, Umi will be at school. Meeting, meeting and... meeting.
Semalam.... back-to-school shopping for the guys, byk gak habes weh!!!
Hari ni, Umi manage to finish the vid for Afnan. Lps ni, dah tak de masa nak wat something like that. Sorry for Angah, Yah and Iqah becoz Umi tak dpt sediakan vid for their birthdays..... some other time, kay. Lagi pun ada vid yg censored nanti ( pasal tak kai tudung..bukan ape!) Anyway, bila Umi ada idea nak create one... I will.
So, here is the vid for Afnan:

Wednesday, December 15, 2010

Cuti panjang

Kat Johnny's- sgtlah kenyang nyer, thanks Yah!
Kat Kellie's Castle - Perak
Kat Villa Felda Sungkai, Perak - sgt lah best nyer!

Sekarang tgh cuti panjang. Tapi tak lama lagi akan sampai ke penghujungnya. Tau2 dah 3 Jan, yg mana hari pertama sekolah. Barulah tersentak, rupanya byk lagi perkara tak dibuat.... Hari ni, masa banyak kat depan pc. jumpa photoshine ... edit pix. Few of them will be posted here. Gambar2 sepjg December- trip to TRAP- Sungkai, Kellie's Castle and dinner at Johnny's(Yah's treat)

Thursday, December 2, 2010

It's already December...

Makan beradab di Hotel Pelican
Bersama Tok Mak
A big 'purpled' family- after aqad
With makcik2,sepupu dari N9
Special gathering- waiting anxiously for the 'aqad nikah'
Dah dua hari dlm bulan Disember. Awal Muharam jatuh pada 7 Dis, lagi 5 hari bulan baru untuk tahun Hijrah. Pejam, celik...pejam, celik...masa berlalu. Renung kembali, apa dah kita buat selama ini.? Sesuatu yg membawa makna dlm hidup? Masa yang berlalu, membawa kita hampir kpd Pencipta atau jauh dari Nya?
So what has happened all this while? A lot. Raya, over. We chose color purple as the theme.
Then after Raya Haji, which was on 20 Nov, we held wedding reception for Kakak. Which caught everyone in surprise, including, we ourselves. Within short of time we planned, spread the invitations and made the house ready for the day.
At first we planned to have 600++ guests, then increased to 800 and finally we raised to 1K. Mula siapkan door gift bags for 700 then sumer nyer ditambah. So what's in the bag -- telur pindang, bahulu/kerepek ubi and buku doa. The majlis was held in Pelican Hotel and aqad nikah kat rumah. That's why we had to make the house ready ---- that the hardest part of all.... mengemas. Abi pulak made the unplanned things, i.e mengecat, and voila! The house, indeed, looks so radiant!
Yah with the help of others made the deco, at the stairways and the bedroom...looks nice. So our home looks a little bit different than before... kalau selalu "tak spt rumah orang", but at that time just like everyone's else.
So there were a lot of surprises/unplanned things that happened.
They were pleasant, anyway :) :) What we had been through in previous months.... also surprises but in totally different tones. :( =( May be Allah wants to test us: accept what had been decreed in redha or the opposite. And with lots of doa, tawakkal.. Allah makes everything afterwards quite smooth and acceptable.. Alhamdulillah.
AS bought Maher Zain's CD so most of the time we had his songs on air during the majlis. Abi bought new camera, so we had pix and AS as the prime cameraman,'cept kurang adjustment... the pix looked yellowish. Almaklumlah, camera baru tak sempat nak tengok manual.
The guests, quite ramai yg turned up: ramai kawan Abi, then our family of both sides, dari High School adalah dlm 30 org yg dtg inc. my Pengetua. Then my old school friend also managed to drop by, Dr. Jasniah from M'ca.
Syukur, all praises to Allah... for making every single thing happened as what it is. Got all the cooperation from others in preparing the day. I could not ask for more and I, myself do not know what to ask.
Left me wondering then, how the other seven weddings will look like????
The food nice, a few made compliments, enough for all... cukup untuk tapau lagi.
Here is the home-made vid to commemorate the occasion with song of Maher Zain:

Wednesday, September 8, 2010

It's Raya soon.....very soon!






Yup! It's only two days more to Eid. Today is the 29th of Ramadhan. Keep postponing to update the entry. Hari tu ingat nak buat daily update ... apa iftar for each day. Tapi tak ter'catch-up' lah.
There are 8 of us already.., Iqah baru balik mlm tadi. Quite lambat sampai....masa kami solat tarawikh. Another two (Ahmad & Akak) by tomorrow, insya Allah.
What am I plan for today is... going to pasar. Beli daging, santan, sayur2. I guess tomorrow it will really cramp with people. Today nak buat rendang, ada plan nak buat yg lain tapi, tengok keadaan.
To feel the Raya mood let me insert a Raya song.
Hope later I will update with the result of the day.....
Semalam, utk iftar: puding karamel, makan nasi lauk daging kering (sedap..., mcm kat kg - kata FS), ikan caru bakar dan sayur yg Angah buat.
Hari ni.. belum ada idea.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Weekend 1

It's the fifth day of Ramadhan . Semalam waktu Iftar & sahur ada 8 org sumernye, Iqah,Farhan dan Akak balik for the weekend. Waktu iftar: makan nasi, sup G-Box, asam pedas ikan, kerabu mangga, air tembikai dan puding kastad. Masa sahur- borak2 sampai betul2 azan baru stop mkn. (Iqah lah tu!).
Hari ni, Umi rajin sikit - buat rendang ayam utk dibawa sikit sorang bila dia org balik nanti. Akak tolong buat puding karamel, sbb dia nak bawa nanti.
Umi hot sikit ngan Farhan, sbb dia baru nak basuh baju. Padahal nak balik petang nih...! Alasan nya sbb semalam banyak sgt kain dibasuh..... Awal pagi tadi tak hengat ke nak basuh? Fening Umi fikirkan. Menasabah ker alasan tu, atau.... menasarawak!
Apa2pun, sumer orang .....terus istiqamah untuk tingkatkan amal di bulan ni. Jgn spt graf dlm solusi, yg ramai org buat.

Friday, August 13, 2010

Catatan Ramadhan

Ramadhan datang lagi... penuh barakah, tinggal kita saja samada cukup bijak untuk mengaut sebanyak mana barakah yang telah Allah sediakan. Marilah kita menjadi manusia rakus: bukan rakus cari kekayaan umpama Mr. Crab (dlm Sponge Bob) yg pantang nampak duit.... mesti dah excited semacam! Ini Umi dah cakap kat Acu pagi tadi. Hal ini pun kerap disebut oleh Ustaz Zahazan dlm Tafsir Quran... Jom kita jadi rakus untuk buat kebaikan: walaupun perkara tu nampak kecik/remeh. Kerana yg sikit inilah yg memungkinkan jadi besar.
Ramadhan, dalam kita berpuasa banyak aktiviti yang kita boleh buat yg telah disediakan pahala berganda: baca AlQuran, zikir,baca buku etc,etc and even sleeping.
Masa tulis ni, its already third Ramadhan. Hari ini Farhan & Iqah balik so iftar ramai sikit. Menu hari ini ialah: Mee sup (guna Angel Hair) dan popia. Ada juga jeli(cair sikit) dan Bubur Lambuk dari surau Kaki Bukit. Air Jagung.
Hari pertama Ramadhan, menu iftar: Puding Kukus Laici, Bubur (Bkt Perdana), Nasi, Ayam Masak Lemak Cili Api dan sayur. Air Bandung.
Hari kedua Ramadhan, menu iftar: Bubur(Kg Istana & Kaki Bukit), Popia Basah & Kering, Nasi Lauk Asam Ikan & sayur. Air Bandung.

Catatan Ramadhan

Ramadhan datang lagi... penuh barakah tinggal kita saja samada cukup bijak untuk mengaut sebanyak mana barakah yang telah Allah sediakan.

Monday, August 2, 2010

Time flies...



Phew...! How the time flies. Its been two months that I haven't update anything here. Not that nothing happened... it's just more 'M' than 'R'. Nak buat camner?
In June - June 13th was Farhan's birthday. Coincidentally we were at kg on that day, so celebrate at kg. Masak mee Bandung, ajak beberapa org yg ada kat masjid lepas Asar, baca doa. Tapi tak de cake. Kedai cake sume tutup hari Ahad tu. So postpone cake until later.
Then the following weekend, we had family gathering at PD, had cake and bbq. Tidur kat Seri Bulan. Ada pool. Took some dips there. OK lah jugak except pantai tak best. Tak leh mandi, byk batu! Next time we won't go there.
Then came July - Jubilant July. Sambung next time eh...!

Saturday, May 29, 2010

Konvo UiTM





Last week, May 22nd, we attended Yah's Konvo at UiTM. The session was held at 2.00 pm, so we started the journey at 9++. On the way, Acik smsed- rupanya dia pun akn dtg dengan Nenek. Sebelum sampai SA, singgah R&R Dengkil. Had lunch - Abi order satay Kjg lagi. Ingat sedap mana... biasa jer. Tak sempat ambik gambar, sebab nampak....terus makan! Yg lain ada mkn nasi ayam. Anyway sampai SA ngam2 jer. Tak sempat singgah rumah P.Lang dulu. Nak cari tmpt utk turunkan Yah, punya lah susah... berapa kali cari... Akhirnya dpn Dewan Budiman, tmpt konvo berlangsung. As Yah guna wheelchair, terus dia org sorong ke dlm, tak payah queue mcm org lain.
Then Umi & T.Mak tunggu org len parking . Last2 tak dpt masuk dewan tengok live sbb dah penuh. Boleh tengok dlm bilik thru' big screen. Tak jadi masuk. Then semua pergi dewan seminar, tengok thru big screen gak. Lama tunggu giliran Yah as Dip Qttve. Sc yg paling akhir terima skrol. Paling ramai terima Dip Comp. Sc. Yah the only one using wheel chair. Rasa pelbagai bila tengok dia terima skrol. Then dia gak org pertama dibawa keluar, to avoid the crowd.
Lama tunggu kengkwn dia nak ambik gambar... ntah memana agaknya. Dah kul 5 lebih, so we had to go to rumah P.Lang, as Acik wanted to go back home soon. Jumpalah dia org kat sana. Tak lama lps tu dia org pun balik kg... tak sempat nak berborak pjg. We stayed there till dinner and before that AS from UTP dropped by to take the car. After dinner, we went to Bluwv.

Other event in May




May 10th - Iqah became a student in Melaka Matriculation College. Started the journey quite early as she was supposed to be there by 8.30 am. Sempat lah, the waiting, as usual ..... took some times. The surprise thing was she to be enrolled in Sains Hayat ( utk jadi dr. ) ! Bila pulak dia ni minat nak jadi dr......heh,heh.. :) Masa orientasi dah tukar le ke fizikal. Didoakan agar Iqah does her very best there. You have to, Iqah. If you want to secure a good place/course in IPTA under scholarship. Allah gives you a chance to prove yourself that you can & able to do it... Remember there are so many out there who are unable to have as what you have.

Saturday, May 8, 2010

Wonderful May

Unable to update the blog for the past few weeks. And it's May again... What's happening? Triple birthdays to be celebrated. Beside that, Mother's Day and also Teacher's Day fall in this month. So for the past few days I've been busy composing a movie to commemorate the birthday events.
And here the result..... Keep watching!

Sunday, March 28, 2010

A day at KL

On Saturday , Umi, Abi, Angah(ambik cuti emergency lagi !),MA & MIF make a a day trip to KL. A few matters to attend to. We start the journey quite early, kat kul 8 am anyway.. having b/fast di Pagoh. First stop kat Mid Valley Mega Mall, nak tengok expo. Nak pergi tu bukan senang ... macam biasa lah tersesat jln. Walaupun Umi dah siap print Google maps..tapi bila dah sampai kat situ jln yg printed tak nampak! Apa lagi tersalah masuk... ntah memana perginya. Anyway, alhamdulillah jumpa satu lori yg juga nak ke arah situ..dan lori tu yg lead kami ke sana. Thanks to the helpful mr. lorry driver! Sampai le (for the first time) kami ke Mid Valley tu. Rupanya the expo on the 3rd. floor. Expo utk brg dalaman rumah, bukan house plan yg Abi jangkakan. By noon we left the place dan pergi ke destinasi kedua.
Our 2nd destination, Umi yg berhajat nak lunch kat Nasi Lemak A'bangsa di Kg. baru. Ni satu lagi, punya lah susah nak sampai kat situ. Ikut G-map tu, lain pulak yg kami ikut. Tanya a few people sampai gak lah, tapi.... kedainya tutup! Mmg tak de nasib! Last makan kat tempat lain (lupa namanya) dan solat kat masjid Kg. Baru. Then we proceed to the 3rd place.
This time ke Book Fair di PWTC. Ok lah dapat jumpa... sbb dah tanya orang dan sign board pun ada. Orang agak ramai. Dapat parking kat bwh (caj - RM10.50). Main masuk booth yg ada. Tapi kat Karangkraf, org padat. Tak beli ape2 kat situ. Tempat yg kami ada beli: Cerdik, Telaga Biru,Saba M/Media, Berita Publsh. Dlm pada tu, jumpa lawyer & Tuan Tanah... ini yg the prior thing to do, to sign the agreement. Hampir 1 jam lebih. Dah kul 7 pm baru habis, then sambung tengok buku. Last sekali baru jumpa PTS dah hampir kul 8.30 pm. Tempat tu tutup at 9 pm! Rupanya ini tempat yg MIF nak pergi sesgt... So ambik aje buku yg look interesting. Abi beli satu buku dan di autograph oleh penulisnya sekali. Betul2 by 9 pm, kami tinggalkan tempat tu dan bergerak balik ke BP. Sampai kul 1.30 am!

Sunday, March 21, 2010

Last Day of Holidays

Dah habis cuti. Sebab dah tiga hari tak de kat rumah... kain pun kur semangat banyak untuk dibasuh. Berload2. Kul 9 lebih, keluar. Untuk jumpa tuan tanah.. tapi dia pulak belum sampai. So pergi breakfast dulu dan bank. Akhir kul 12 lebih baru jumpa. Beri deposit 1K.
Kul 3 lebih, Abi hantar FS balik ke MRSM.
Itulah cuti kami kali ini.
Esok dah mula sekolah. Hari2 sibuk mendatang agaknya.

Last Day of Holidays

Dah habis cuti. Sebab dah tiga hari tak de kat rumah... kain pun kur semangat banyak untuk dibasuh. Berload2

Hari kedua kat KB


Hari Sabtu, jalan2 ke Pasar Siti Khadijah. Kain batik, mahal2 sokmo. Umi tak bawa byk cash, so beli apa yang dapat je. 4 pasang kain dan kain batik sarung. Tapau laksa kelantan untuk lunch. Singgah Giant kat KBTC, Abi beli foldable chair. Lepas tu, on the way ke Machang, UITM. Jumpa gerai jual akok, beli lagi. Jap dah habis. Lepas solat, makan dan ambil barang Yah, kami pun bertolak balik lebih kurang kul 2 lebih. Keluar junction Machang- KT jumpa lagi gerai jual akok. Singgah beli lagi. Separuh bawa balik untuk Angah. Pergh! Kali ni betul2 makan akok sampai puas! Perjalanan balik sangat jauh dan memenatkan. Kekadang hujan. Nak sampai KT, jam sekejap. Target nak beli Keropok lekor kat Marang. Puas perati kedai no 808. Dapat singgah, no 808 Tawakal nama kedai tu. Masa kami singgah tu hujan, berlaku accident motor kat jalan. Beli satar kat kedai sebelahnya. Then we proceed our journey. Jumpa dua lagi accident lepas tu. Satu kereta terbalik kat simpang antara ke Gambang dgn Kuantan. Singgah solat kat 'unfriendly' R & R Gambang. Abi dah mengantuk sangat, singgah untuk tidur kejap kat Muadzam Syah. Kul 1 lebih, sampai kat junction Kuantan-Segamat. Abi drive ok je lepas tu. Kami yang lain dok tersenggok tidur.... Sampai rumah kul 2.30 pagi! Alhamdulillah selamat sampai.

Jalan2 ke Pantai Timur II

Lepas check out kat Suria Beach resort, kami gerak ke atas lagi. Singgah solat Jumaat kat Masjid Rantau Abang. On the way hujan. Singgah kat tempat jual akok, our favourite kali ni. Tapi dapat satu acuan je - RM 5. Kejap dah habis, makn panas2. Best! Ingat nak rasa aiskrim goreng. So singgah kat restoren terapung K.Ibai, tapi salah tempat rupanya... aiskrim tak de, makan tengah hari je kat situ. Tanya pekerja kat situ.. mungkin ada kat Mydin atau Giant, KT. Tak dapek lah kali ni nak rasa. Sambil Abi rehat, kami singgah solat kat Masjid Terapung - Masjid Tengku Tgh Zaharah. Perjalanan masih jauh.... Sampai KB kul 6 lebih. Bilik dah booking awal kat Crystal Lodge. Dapat bilik bwh katil queen. Lepas solat, keluar ke Wakaf Cik Yeh. Memang banyak sangat2 tempat jualan, mammoth pasar mlm! Penat berjalan, orang ramai lak tu, dgn bunyi lagu kuat & bising. Umi beli baju sepasang, FS & MIF beli kupiah hitam. Tak de sgt dapat beli, Abi pun dah penat sangat. So balik ke hotel. Tidur.......

Jalan2 ke Pantai Timur I

Hari Khamis semua, except Angah set out to go to Pantai Timur. Konon nak keluar awal - sudahnya kul 9 baru bertolak. Sampai kat Cherating kul 1 tgh hari. Check in kat Suria BR dapat bilik 317. Rupanya harga lebih murah kalau book via internet. Masuk bilik kul 2, so keluar beli lauk, keropok dan satar dulu. Solat kat masjid. Pas tu kami makan kat tepi pantai. Angin sgt kuat, pasir berterbangan dgn deruan ombak yg besar! Pergh! Dahsyat! Habis gak makan. Lepas tu baru masuk bilik. Kul 5 petang kita keluar ke swimming pool. Tapi org agak ramai......so gi pantai. Main air, walaupun ombak agak besar. Lama sikit baru gi swimming pool. Dapatlah praktis apa yg dah tau. Kat situ sampai kul 7.
Malam kami BBQ kat tepi pantai. Kali ni abi testing lampu yg baru dibeli. Mula angin kuat juga. Susah nak hidupkan api. Akhirnya arang boleh menyala.... dapatlah makan ayam, ikan dan kentang. Kali ni tak de nasi, itu pun dah kenyang! Kul 11 lebih kami balik ke bilik. Penat dan seronok.
Esoknya, Jumaat. Masih kat Cherating, jalan2 kat tepi pantai, mendengar deruan ombak dan menghirup udara laut - menyegarkan! Yah & Iqah sempat main buai, and the guys berenang kat swimming pool. Dah hampir 11 pagi, balik ke bilik utk check out.

The rest of holidays

Hari Selasa is the second day of holidays. Umi, Yah and this time joinned by Iqah, MA and MIF gi swimming. Kali ni, Umi dah boleh terapung dari tengah, dan slide through ke tepi! Bila the coach rasa ok, dia ajar pula angkat kepala sambil renang. Part ni Umi belum boleh. Sebab bila angkat kepala, lupa nak gerak kaki....so tenggelam lah! Susah jugak! Kena practice some more! Iqah as a first timer - quite good. Sama tahap mcm Yah... boleh berenang sambil kaki tolak mcm katak. Yah masih cam tu... MIF & MA lagi advance lah! Tak pe nanti cuba lagi.... Baru 2 kali belajar.
Ingat hari Rabu - Umi boleh gi swimming lagi. Tapi ada taklimat kat sekolah yg perlu pergi... Benci tul! Nak cuti pun tak leh. So Umi tak tak leh pergi. Yah drive, joinned by Iqah and MIF. MA tak pergi sebab dia nak siapkan h/work! Caya lah, pelajar yg dedikasi! Umi kat sekolah sampai tengah hari. On the way balik, beli ayam 3 ekor. Yah and Iqah kali ni tak belajar perkara baru - sbb org ramai kat pool. Nampaknya, itu je lah lesson masa cuti. Lepas ni tak tau bila nak sambung. Kalau dah sekolah, Umi susah nak keluar.
Petang, Umi keluar lagi untuk beli ikan cencaru, etc kat Peserai, preparation untuk travel yg akan bermula esok...

School Hols

The holiday is finally coming! (When I write this, it is actually the end..). On Monday, Umi,Iqah,MIF and of course Yah went to HSI, JB. We reached the junction to HSI by 12 pm (on the dot!) Yah kena ambik darah, lepas tu kami ke Tesco nak cari beberapa benda yg tak dpt cari kat BP. Anyway, makan dulu. Sambil tunggu Akak. Tapi mcm yang lepas - dia lambat lagi. Dah habis mkn masih tak muncul. So gi Tesco cari ankle weight Yah. Ada. Pas tu baru Akak sampai. Dan spt biasa beli benda2 lain gak.. Dah dekat 2.30, Umi & Yah gi balik ke HSI - ini utk jumpa anasthetict utk op. April nnti. Jumpa juga Dr. Saadon - psl surat pengesahan Yah. Lepas dah settle, kami ke Jusco lak - utk cari swimming suit MIF. Mahal giler! Tak jadi beli.... plan ke Giant. Mungkin ada kat sana. Akak balik ke PG, kami proceed to Giant. Masa tinggalkan the same junction, it was 5 pm (on the dot!) Konon nak ke Giant Tampoi, on the way balik, tapi dah tersilap... end up Giant lain, nasib ada baju yg dicari! So puas hati lah. Dan on the way balik ke BP. Sampai dah Maghrib.

Saturday, March 13, 2010

Everything starts with the first step





Yeah..!
At last, after keep postponing it for so many times.... Umi & Yah start the first lesson of swimming today. Quite an experience that we both going through. Yah become a fast learner. Umi tertinggal sikit. Mungkin taktik tak betul. The first lesson is .... breathing properly underwater. After a few tries.. dah boleh. Then ...apungkan diri dgn pegang kat tepi pool. Slowly lepas tangan dan apungkan diri a little bit far from the pool side. Boleh gak . Yang Umi tak boleh, apung diri dari tengah... tak dapat nak angkat kaki! Yah boleh buat, in fact Yah dah boleh apung dan gerak dari tengah ke tepi pool. So dia proceed untuk tolak dengan kaki, gerakkan kaki mcm katak. Umi sangkut kat situ Mungkin next time leh progress. Mcm AS kata "practice makes progress.."
Pagi kul 7.40 Umi hantar MIF ke Sek Agama. Ada sambutan Maulidur Rasul & Hari Anugerah. Dia dapat hadiah untuk pelajar terbaik keseluruhan Tahun 4 ( kedua2 sesi) dan juga tempat pertama kelasnya. Alhamdulillah dan tahniah! Umi dan Abi doakan agar MIF menjadi anak yang tetap komited dalam pelajaran dan dapat menghayati ilmu yang diperolehi. All the best to you MIF.
Iqah almost finish with her driving lesson. Next she will be taking the test drive - maybe next month. Hope she will pass. Senang jadi supir gantikan Umi... Heh,heh :)

Thursday, March 11, 2010

The Day It Is

It's a new day .... lagi 2 hari, cuti seminggu. Gi sekolah mcm biasa. By 10, ambik Yah & Iqah. Hantar Yah ke HBP for her phisio but before that we drop by at the hosp. canteen. Makan dulu. Kat rumah air tak de, even air tank dah habis. Ah! Sudah. Hari tu ada tadah, ok pulak. So kita dah pakai air tu, dan tak de simpanan lagi. Camne ni?
Iqah gi TIGS for her SPM result. Camne ye? Later known... she got 3A, 3B and 3C. Punya lah canteeekk.... Abi suggest dia ambik law. Tak perlu pening dgn all the sc. subjects!
For HS result, ada 27 got straight As. Add Maths % naik 3% - 12 orang failed. Ok lah tu. Jumpa bebudak tu, sume ckp terima kasih atas tunjuk ajar selama ini.... snap some pix with them. They are well behaved boys... May they succeed in their future undertakings. Terubat juga apa yg berlaku semlm. The most touching comes from the best student - the way he appreciate of what I have done... Jrg dapat such appreciation from my students, padahal dia memang an excellent student. Bravo HS 2009 students.
Balik, masih tak de air. Makan maggi je le nampaknya. Plan to finish marking the exam paper and... I did it! Now I'm going to treat myself with.....

Wednesday, March 10, 2010

A Day That Shouldn't Be

Yesterday was Add Maths paper for PK1. And it turned out to be the worst paper that I ever set. The printing so poor and it involved lots of figures. I did the errata which should be carried out by the teacher who started the paper. And it became a nightmare, when it involved the Admin. people.. So I thought it was over. Oh no....! Not for this particular person. The person brought the matter up today. Not pro. lah, kalau ada parents komplen lah.. blah2. But it was not entirely my fault... Yg org riso tu pun, tak leh check dulu ke? Kalau blur... check lah dulu. Make the ink darker..Ni tak. And I was running out of time to redo. Because I got the exam papers on Monday and the exam on Tues. That one.. mmg my fault. Because last week quite busy, with Sports Day, registering the teacher's for PTK and so on. Actually dah minta Yah type 80% of the Q. Tinggal 10% I add them up by Thurs. hantar riso on Fri. Dan inilah hasilnya..... Kerja yg ok selalu, hilang disbbkan sekali buat silap. Ironically, people will always tend to remember the bad part. Itu baru first part of the day.
Second part of the day, lepas habis sekolah. School ends by 1.25 pm and I did tell MA to be ready . Smpi sekolah dia,...hah, mana budak sorang ni? Tak de. Yg Umi penyabar ni, tunggu le dia smpi dah dekat kul 2. Ingatkan dia ada ko-ko ke. Last2 turun kat kantin, jmpa Ms Viki (kenal MA) dia kata MA kata Umi lambat balik sbb ada meeting. Lain yg dickp, lain pulak yg dia ingat. So 2 lebih baru balik. I've to drive mcm racer. Hampir kena langgar kat jln Tg. Laboh. Alhamdulillah dpt swerve or to make it umph dapat 'swift' (Baru betul naik Swift, ek??! ) Hanya Allah saja yg menyelamatkan tadi. A very close call! Kalau tak, lagi lah lambat :(
Then this is the third part: I've to attend a meeting at PPD by 2.30. Mampus lambat! And to make thing bad to worst is.... kena gi dgn org yg sama di atas. Dah lah tadi kena luku, skg tambah satu perkara lagi yg dia boleh luku lagi. Dpt call lagi dari ofis, bila nak sampai... See, esok nmpk gaya I've to explain. The meeting is about e-GTukar. Kerja yg pasti menunggu for the coming weeks. And it's over by 4 pm. Then gi C4 - beli barang utk b/fast tomorrow. Balik, lepak. Mkn pun tak larat. Digagahkan diri. And here I am... Depan screen. To make the day as history. So that one day later when I read this again: I will read it with a smile... :)
..And tomorrow SPM result will be out! How Iqah?? How my Add Maths' rating? How many will fail? Tunggu......!

Saturday, March 6, 2010

Express your love.....

Have you? Ponder this ....."The greatest weakness of most human is the hesistancy to tell/show others of how much they love them, while they are alive." And ponder the lyrics of the nasyid here.. Lafaz yg tersimpan-UNIC. (x leh upload lah pulak...!)
Do not put it off until it is too late... So guys (all in the family) ..... let me tell you this from the bottom of my heart: I LOVE YOU ALL!

Wednesday, March 3, 2010

Pulangnya ke rahmatullah

Mulanya dapat SMS dari Mak Cik yg dia on the way ke HUKM bersama P.Long pukul 4 pagi, Hafiz kritikal. Umi ke sekolah tapi pukul 10 lebih sikit dapat call yg Hafiz dah dijemputNya. Innalillah hi wa inna ilahi rajiun. Akan dikebumikan di kg. Pukul 11.30 Umi balik, dan ambil MA serta MIF kat sekolah masing2. Angah ikut juga dan Abi balik kul 12 lebih. Ambil half day off. So bertolak ke kg, sampai sana dah 4 ptg. Orang ramai dah kat rumah Nenek, what a sad,sad day to us.... He looked so peaceful now. After what he had been thru' all these while. Lepas Asar dimandikan,solatkan dan dikebumikan. Kuburnya sgt hampir dgn kubur arwah Atuk & P.Ngah. He wanted to be really close to Atuk it seems. Selepas talqin, kami tinggalkan dia di sana.

Itulah penghujung kepada sebuah kehidupan fana dan bermulalah satu kehidupan yang abadi. Jadi hidup yang mana kita sepatutnya sediakan untuk bahagia? Yang sekejap atau yang kekal? Mmg tak dinafikan kita kerap lupa/leka.. itu sbb nama kita insan..org yg mudah lupa. Tapi bila kita ingat cepat2 beristighfar ats kealpaan.. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kita.
Masa azan Isya, kami bertolak balik ke BP, dan almost 12am selamat sampai. Alhamdulillah.

Sunday, February 28, 2010

Long weekend...again!


Jumaat, cuti sbb Maulidur Rasul. So balik kg, sbb cuti CNY tak dpt balik. Pagi dah bertolak dan smpt sampai just before the Friday prayer. Beli lauk kat Bahau, rupanya dah ada lauk ayam lemak cili api (M.Bung yang masak) - sedappp! Lauk sama tapi kalau mkn kat kg sumer jadi sedap. Malam nya gi Senaling, tahlil mlm ke-3 utk arwah P.Cik.
Sabtu, baru nak plan nak mkn apa utk lunch, dpt call dari Acik. Hafiz's condition getting worse kat HUKM. So tukar plan bawak Nenek ke Cheras. Nasib muat kete. Sempat beli lomang paneh, kat Tg Ipoh. Satu btg mkn terus dalam kete... Laku! Lalu jln baru pintas bukit putus, dari S'ban ikut Lekas. Rupanya h/way tu agak dkt dgn rumah Mak Teh. Lps lunch dan solat, kami ke HUKM- Tingkat 6G, bilik pengasingan- he's not supposed to receive visitors. Kami jengok dari luar, he's on respirator. Doa yg terbaik utk dia.
Lepas tu kami bertolak balik ke BP. Sampai rumah kul 10.30 pm.
Today, ambik FS kat MRSM. His first outing. After having b/fast , go to Pt salam. Beli ikan & udang. For lunch, we're having lemak cili api udang, ikan goreng and sayur bayam.
Before FS going back, cut pre-birthday cake for ....? Guess who? Heh,heh....!

Sunday, February 21, 2010

Rancangan yang tak menjadi

Mula plan pagi2 nak gi Pt Salam tempat jual ikan lepas tu leh singgah MRSM utk hantarkan baju Melayu FS. Tapi...akhirnya lain yang jadi. Dah 11 am baru kuar, dgn MA dan Abi ke jemputan kahwin kat Bt 5, Jln Yong Peng. Bleh thn gak jauhnya.. Pergi ikut Air Hitam. Tuan rumah (En. Jasmani) slh sorang bapa yg hantar anaknya ke SKPK. Jmp ex-haj mates - Hj. Misman & wife. Balik ikut YP to PS. Dah sampai gate MRSM , rupanya ada notis - tak leh jmpa student sbb masih dlm pgm Orientasi...Pulak! So, tinggalkan je baju tu kat Pak Guard, hrp sampai kat FS. What a journey, lepak giler...!
Patutnye as planned gi bjr swimming ptg ni. Tapi cancel due to unforeseen circumstance. Tangguh ke next time. We plan to attend during Sat & Sun, after 5 pm - tu pun kalau org tak ramai. Who will join in? Umi, Yah & Angah. Harap jadi le... Kena kuat semangat kalau nak pandai.

Hospital visit

Thursday was a hospital visit - Yah's appointment actually. All 5 us went to HSI, started the journey quite late compared to last Friday when she, angah and Abi went for CT Scan. It was almost 10 that we arrived - the no. we got was 1267 and it was such a long Q. But we waited patiently.... until could stand it no more..! Yah pleaded to nurse Yus to cut the Q....(lebih kurang Kiasu lah tuu!) Dapat lak tu, so dptlah jumpa Dr. Saadon... (Yah's beloved dr..., heh,heh...!) Nampak gaya nyer Yah kena wat op (huh....huh...!) Appointment utk jumpa anasthetist on 15/3 , admit to ward on 6/4 and op wll be done on 7/4. Tanya pasal swimming, the good dr. responded positively. Leh lah Yah bjr swimming lepas ni, dan Umi 'terpaksa' lah temankan. Ape2lah asal Yah bahagia...
Lepas jumpa dr, as usual gi ke Jusco sebelah tu. Mesti makan dulu. Ajak Akak dtg, but she turned up quite late. Kita dah habis mkn baru dia sampai. Then dia ambik half day off. Lepas mkn, jln2, window shopping. Balik and almost 6 samapai rumah. Lupa singgah psr mlm, ingat larat nak masak utk mlm. Lastly order je by phone- Fatin's mee rebus & goreng.

Wednesday, February 17, 2010

Awayfrom home...

Today is MRSM registeration for Form 1 & 4. FS will become a MRSMian. This is his second time to be away from home.... in 2008 he became part of Maahad Tahfiz. So its seem that he is the first to register (for form 4). Met his homeroom teacher, Norazimah who happen to be Faridah's (Abi's niece) tenant at PM. Then met Mustafa Daharun, the HEM who happen to be org sekampung Umi. The room quite ok, 2nd floor shared by 4 students. One of them org BP gak. Harap FS can adapt well to the new situation.... study and perform.
Umi and Abi left MRSM at 12.30 pm. Singgah mkn kat Benteng(Mat Sah beriyani) tapi terpaksa habiskan... Lain kali tak nak mkn lah.... Kedai byk tutup sebab CNY . Tak dpt nak cari kasut.

Tuesday, February 2, 2010

Happy Birthday!

Happy Birthday to Abi.....! 47 yrs have been thru! Moga hidup diberkati dan dirahmati Allah sentiasa, sejahtera di dunia dan akhirat, Insya Allah.
This morning Abi & Yah went to JB for Yah's check up. Kena dtg lagi on 12th & 18th for CT Scan and meeting Dr. Saadon. Hope for the best... Umi, FS and MA got house practice. Balik lepak... Mlm kuar mkn utk celebrate b-day Abi. Mula gi jauh, nak mkn kat kepala lori... Dah smpi situ, tutup lah pulak . U-Turn dan singgah kat Sifu Seafood. Mkn lah kat situ. Ok ler... Balik dah penat & mengantuk giler. So nak tidur ni. Sian Iqah kena kemas dapur. Sampai la ni lum habis2. Berdentang, berdentung bunyinyer...! Rajin Iqah!

Monday, February 1, 2010

CRK

Hari ni Umi ambik CRK (cuti rehat khas). Why? Penat balik dari Machang. Umi and Abi went to Machang on Sunday night by train. Untuk ambik Yah. I haven't been on train for quite some time, 29 yrs actually. And this time we were taking the sleeper's coach. Left Kluang on time (9 pm) but not before meeting a group of orang sekampung. Punya lah terkejut mcm mana dia org ada kat situ. Rupanya dia orang nak balik ke Bahau tapi tiket dah habis. Esoknya baru dpt balik.
Tidur dlm train.... bukannya dpt tidur bebetul. Berbuai2 je dan bunyi berdegang-degung. Sekejap2 terjaga. What an experience! Sampai T.Merah kul 8 pagi ( on time gak). Tunggu jap, baru Yah & friend dtg. Had b/fast - nasi dagang, nasi kerabu dan nasi putih. K'tan style. Lepas dah kemas2, bertolak balik. This time by JKF. Singgah kat KT, beli tudung dan kain batik. Batik sutera mmg banyak tapi tak beli. Wat tutup mata je.... On the way (lalu jln pantai) beli keropok lekor, sata dan Akok( thanx to Abi for kind enuf to reverse! Kalau tak, mmg tak dpt mkn kuih tu!) Mmg hebat, dinner in BP, b/fast in K'tan, lunch in T'ganu and dinner time back in BP, all within 24 hrs! Smpi BP almost 11 pm. Lepak banget. That's why bangun hari ni ... maleh nak ke sekolah. Tapi kena gi gak utk antar FS, MA dan MIF then U-turn.
Another news - FS check kat online, dia dpt masuk MRSM. Kat mana...? BP. Tak pe lah mgkn elok kat situ, senang nak balik. Tak smpi setengah jam dari rumah. Harap FS akan excell kat sana dan dpt capai apa yg dicitakan in the end... Insya Allah.

Tuesday, January 26, 2010

A weekeend that was


Its been awhile since the last post. No time to update, esp. during weekdays. This week I'm on duty, kononnya kena cepat gi sekolah. Today quite ok. Minggu ni minggu berkabung, look how one observes berkabung. Berkabung, tapi senyum! Then samping pun dah lain kaler.... dah jadi pengawas lah pulak! Berapa kedai kuar, masuk, semlm pasal nak cari samping tu. Last2 beli L size. Boleh pakai lah kot. Semalam cari riben putih utk wat lilit songkok. Tak de. Nasib Abi ada simpan riben keras, modify sikit, boleh juga guna. So today, memasing pakai songkok camtu. Tapi FS songkok kecik, tulah dah ajak gi beli, tak mau ikut. Today sori lah nak kuar lagi. Penat oii! Umi pun kena pki tudung putih.

So wassup recently? We've been to Perak, hntar AS. Umi ambik cuti on Sat. (it was supposed to be sekolah ganti - tapi later saved, coz u know why...) We started the journey on Friday, singgah HUKM tengok Hafiz. Look not that well... but Allah knows better. Overnight at SA rmh P.Lang. Esok nyer, gi Perak, singgah kat Sungkai Hotsprings. Having fun with the hot and cold water. MA punya seronok sampai nak gi situ hari2 kalau dapat! Mlm tidor kat Ipoh, Regalodge. Untuk mlm, mkn Char Koay Teow (ingt mcm Penang CKT) rupanya lain... Kureng. Nak mkn pasembor takde. Mkn kat Greentown atas cdgan AS lah ni. Sambung lagi lain kali..... Chao.

Monday, January 18, 2010

A family outing - Ahad

A day out yesterday. Pergi Air Terjun Bekok, ingat nak kuar awal sgt2. Tapi...mcm biasa lah, terhegeh2. Kul 9 am baru bertolak, smpi 1 jam kemudian. Mmg lum ramai org, keta pun kurg 10 buah ada kat sana. Cari the best spot, dapat lah.... Set up the place to bbq. Mandi, manda, dah masak makan. Kali ni tak de ayam, cuma mkn stik kambing, ikan dan sotong, dan juga kentang dan keledek bakar. Yummy! Batu agak licin... byk kali insiden tergelincir esp FS... sampai stik kambing pun plop... masuk dlm air. Umi turn, sotong terbang, heh...heh...! Sebab awal dtg , mmg best, org tak ramai. Lots of small fishes swimming around. The best part sliding thru the water...mcm kat wet water tapi yg ni natural! (Watch the video). By 2 pm we left the place.... tak terkata lepak nyer. MIF smpi demam. High temp. sampai ke mlm.

Friday, January 15, 2010

Another week is almost over

Its Friday already. The week is almost over and the second week of school is over. Quite fast! Nanti tau, tau dah half year of school. Tadi kat sekolah ada ceramah sempena Maal hijrah. Ada seorang ustaz tu dari Pej. Agama buat presentation yg isinya agak sesuai lah utk school kids. Berkaitan penghijrahan ( as usual ), dari sikap negatif ke positif, ditekankan juga perlu menghormati ibu bapa Cuma lainnya diselit2 dgn video. Yang akhir sekali agak touching berkaitan citer seorang anak yang tidak menghargai jasa ibunya...... Ada seorang cikgu kata ada drama tv yg citernya hampir sama. Harap2 ada yang tersedar dari kesilapan yg dilakukan selama ini... Dan yang pentingnya sedar dan berubah.
Semalam iqah gi KL bergumbira dgn kengkawan, hari ni patutnya dia balik. Angah dah miss cupcakes dia.....!

Wednesday, January 13, 2010

Another has begun...

Yeap! Another has begun, same as before? Tak kan lah! Kita sebagai seorang Muslim mesti bertekad untuk menjadikan setiap hari lebih baik dari semalam... kan! So today..... way much better than yesterday. Have breakfast as usual but in quick and efficient manner. It was almost 7 am, when we reached MA's school! Usually the car was still in front of the house when we heard the doa pagi on Ikim (which means it's 7 am). Plus the traffic then I would be in the school more or less at 7.15 am. So today it was quite early when we reached the school. Hopefully this is the way will it be for the future...
But anyway, today is quite a tiring day. Mungkin cuaca agak panas beberapa hari ni. Nak bangun untuk makan pun rasa tak larat. Best lying down je.. Tapi dah rasa lapar sangat..Makan je lah. Lauk yang dibeli tak de kuah... kering, telan je lah. Lepas ni kena masak cepat for dinner. Kalau tak, kena sound lagi oleh somebody yg suka sound... Have dinner before Maghrib. I try but sometimes tak leh... Penat le.. tak sempat le, memcm alasan yg difikir munasabah...! Wokeh. Angah pun dah balik. I better off now, solat Asr dan nak masak...

Hari ini dlm sejarah

Peristiwa berlaku semalam tapi tak sempat nak catat, sibuk dan penat... Apa yg berlaku semalam? Ha, Umi dah 2 @ 3 kali lewat punch in setakat ni (lebih dari 7.15 am). Pagi ni, Umi dah siap dulu, selepas terkocoh kacah siapkan b/fast. Panggil berkali2 suruh turun makan b/fast. Lambat tul, baru turun. Start keta, tak muncul2 gak kat pintu.... Hon.... tak kuar! Jenguk ke dalam, siap cakap... Umi nak gi ni, lambat tinggal... Owh...no response. Baik, Umi kuar dari gate, tengok MA dah kuar..terhegeh2. Dia pun naik... How about the other one? Ntah, tak nampak pun pintu terbukak...Umi pun dah geram sangat ni... terus pergi! Bye,bye.....! Drastik you! Betul2 hari ini dlm sejarah. Ada orang kena tinggal! Selalu acah2 je... kali ni betul2! Itu pun waktu punch, 7.14 . Dah lama sikit Umi call Angah, FS camne? FS dah tak de! Then Abi lak tepon....nak kata apa? Nasib le...! Dia suruh AS cari, later SMS (almost to 8) kata dia dah sampai kat sekolah. Whoa... lega! Nak jadi citer.. Umi masuk kelas FS waktu 1 & 2. Dah lah pelik bebudak tu! Umi ada, tapi anak tak ada... apahal? So Umi told them the truth. Nothing but the truth..Heh, heh, heh! Tak caya dia org! Dia org ingat Umi buat lawak...! Dah nak habis waktu 1, mcm ada org jenguk pintu kelas, tapi tak masuk.. Budak2 tu kata FS. Aik, dah sampai.. tapi tak nak masuk. Malu kot! Umi pun terus lah ajar. Dah habis waktu, baru nampak dia terhegeh2 masuk..! Umi tanya camne dtg? Jln kaki..! Tu dia..! Salute tul, azam kuat tak nak ponteng. Setengah budak Umi rasa dah tak gi sekolah langsung ...! Itu lah citer nyer....! Petang ada latihan sukan.. Mana tak lepaknya! Mlm buat nasi goreng ala2 pizza hut, cover ngan cheese on top. Alhamdulillah.

Friday, January 8, 2010

Eating out

Wah..! Hari ni makan kat luar. Yang specialnya angah belanja...her first pay! Dia nak belanja mkn sate, punya keliling cari tmpt jual sate. Gi Peserai, Jln Omar, Tasek M semua dirayau, tapi tak jumpa2 org bakar sate.....Last2 kat Kg. Merdeka. Tempat baru and everything quite ok - sate, mknan cpt siap dan presentable. Puas hatilah. Boleh lah bagi rate 4/5. Semuanya senyum, kecuali sorang- org yg keluarkan duit. Heh....heh...! Sekali2 ngah, boleh lah...!

Tuesday, January 5, 2010

Muffin Iqah

Iqah proves to herself.... kalau hendak semua boleh jadi. Dia berjaya masak choc. muffin dan rasanya.... sedap. Lain pada tu hari ni dia masak lunch juga(masak sardin lagi.... ). Cayalah Iqah! Boleh lah masak ape2 lagi lepas ni Iqah. Nasi goreng ke, sweet sour ke, baking cakes (choc. for sure!)

Choc. chip cookies

Iqah mengisi masa lapang dengan bijaknya... Hari ni dia telah berjaya menyediakan makanan tengahari. Tak dapat nak ambik gambar. tapi yg lagi satu ada bukti sebelum hilang dalam perut! Muffin coklat.. sedap! Tak pernah rasa yang sesedap ni. Cayalah Iqah....! Boleh selalu buat. Cuma maknanya, tambah naik berat badan... kalau makan banyak. Tapi hasilnya lebih sikit 10 biji, memang tak sempat nak naik berat...

Sebelum ni dia dah beberapa kali berjaya buat choc. chips cookies dan dibantu dengan setia oleh MIF. Tengoklah hasilnya ni....

Second day


Second day of school, Umi have to send MA to school. It's totally new route that we have to take. Sampai sekolah, ok lah. Tak terlalu lewat...punch at 7.15 on the dot! Next time kena keluar lagi cepat. FS masuk 3rd class, Umi yg ajar Add Maths kelas tu nanti. Balik pukul 2. Pergi bank, w/draw dan hantar kat Yah untuk bayar yuran asrama. Pukul 4, keluar lagi nak cari baju MA. Kena keluar masuk beberapa kedai untuk dapatkan kemeja warna coklat cair tu. Akhirnya beli kat satu kedai, w/pun tak begitu pasti warna yang betul atau tidak. Mahal lak tu. Nak ambik gambar tak jadi sbb FS dan MA nak potong rambut dulu. Balik... teramatlah lepak dibuatnya. Then kena masak untuk dinner lagi. Daya2kan je lah.....

The day.....

This supposed to be posted yesterday...the Day. First day of school, 4th Jan. 2010. Abi on leave, so he sent MA to school, his first day in Secondary level. MIF in morning session, pun Abi yg hantar. FS now in upper form, belum tau kat kelas mana: masih dalam Orientation for Form 4.
After school Umi had to attend first Panitia meeting... luckily it wasn't ended by 4. Tapi itu pun penat& lepak. Then Abi bawa balik result from Gribbles..! Quite shock, esp. for Abi. GTT for liver test quite high...! Umi pula Hb rendah, anemiac, mcm pernah berlaku dulu sebelum pergi Haji. Kena mkn iron pill lah untuk naikkan balik Hb level. Yang Abi kena consult dr. kalau refer kat internet, menggerunkan je. Anyway hope for good news....

Sunday, January 3, 2010

One day before.....

Pergi sekolah lagi! Untuk pendaftaran Ting. 1, sebenarnya tak terlibat ape, tapi dah HM suruh pergi. Kena pergi, tunjuk muka. Kul 10.00 pagi chao... beli brg dapur sikit kat MOET, beli ikan dan ayam. Dah lama tak pergi pasar, dah tak de ape2 dlm peti sejuk. Lunch masak siakap sweet sour, sambal telur puyuh dan sup tauhu jepun. Umi dah lama tak masak lunch ( asyik beli je dan menu asam pedas) maka lauk dan nasi habis... menjilat jari!
Iqah pergi ceramah untuk belajar keta...The first step before the written test and the driving. Dah tertangguh begitu lama... All the best to Iqah.

Saturday, January 2, 2010

Two days before....

Mesyuarat lagi...kali ni HEM dan Koko. Dari 8.00 smpi 1.00, kepala dah tak bleh tahan . Sakit dan berdenyut2. Beli lunch, asam pedas ikan cencaru(kurang cikit rasanya!) Berlebihan smpi mlm padahal beli 2 ekor je. Abi uruskan pendaftaran MA kat SMK Dato' Seth - classmates yg sama dari SKPK, sekolah je yg bertukar. Hope you'll have a lot of fun at new school. Dari citer Abi, cikgu nye pun mcm bagus je..! Its such a good starting then.
Yah is also having a good start - dpt duduk dlm. Tak pyh terhegeh2 nak cari rumah kat luar. If everything fine and ok may be she'll be there till graduate. How's that? Ada gak can Umi nak ke K'tan, tmbh collection tudung! Heh..heh!
Malam makan sup kambing, homemade lah... Abi keep complaining having headache, nak berbekamlah, urutlah, etc..etc. Rasanya tau nape dia mcm tu. Sebab a few days ni gian main Bejeweled! Tu pasal kepala berpinar nampak gems je...! Jgn mare ye...! Oh, dah dapat dpt score 125K baru cakap...dahlah tu....!

Friday, January 1, 2010

New Year

It's New Year... Umi kena gi sekolah pendaftaran Ting 2,3 & 5. Semalam pun dah meeting kat sekolah dari kul 8.00 sampai 3.00. Then bayar yuran untuk MIF. Yah leaves for Machang... maybe for a while or... till she graduates. Konvoi dgn her friend's family. By 12 pm dah masuk T'ganu. Now tak tahu kat mana? Gi solat Jumaat Umi antarkan the guys, balik AS drive...Boleh pun....!
Umi baru balik dari BP Mall, jumpa old school mates... Tukar2 citer kat PH. Lepas tu gi shopping dgn Iqah. Hujan lebat rupanya kat luar.
That's my new year.