Sunday, March 21, 2010

Jalan2 ke Pantai Timur II

Lepas check out kat Suria Beach resort, kami gerak ke atas lagi. Singgah solat Jumaat kat Masjid Rantau Abang. On the way hujan. Singgah kat tempat jual akok, our favourite kali ni. Tapi dapat satu acuan je - RM 5. Kejap dah habis, makn panas2. Best! Ingat nak rasa aiskrim goreng. So singgah kat restoren terapung K.Ibai, tapi salah tempat rupanya... aiskrim tak de, makan tengah hari je kat situ. Tanya pekerja kat situ.. mungkin ada kat Mydin atau Giant, KT. Tak dapek lah kali ni nak rasa. Sambil Abi rehat, kami singgah solat kat Masjid Terapung - Masjid Tengku Tgh Zaharah. Perjalanan masih jauh.... Sampai KB kul 6 lebih. Bilik dah booking awal kat Crystal Lodge. Dapat bilik bwh katil queen. Lepas solat, keluar ke Wakaf Cik Yeh. Memang banyak sangat2 tempat jualan, mammoth pasar mlm! Penat berjalan, orang ramai lak tu, dgn bunyi lagu kuat & bising. Umi beli baju sepasang, FS & MIF beli kupiah hitam. Tak de sgt dapat beli, Abi pun dah penat sangat. So balik ke hotel. Tidur.......

No comments:

Post a Comment