Hari Khamis semua, except Angah set out to go to Pantai Timur. Konon nak keluar awal - sudahnya kul 9 baru bertolak. Sampai kat Cherating kul 1 tgh hari. Check in kat Suria BR dapat bilik 317. Rupanya harga lebih murah kalau book via internet. Masuk bilik kul 2, so keluar beli lauk, keropok dan satar dulu. Solat kat masjid. Pas tu kami makan kat tepi pantai. Angin sgt kuat, pasir berterbangan dgn deruan ombak yg besar! Pergh! Dahsyat! Habis gak makan. Lepas tu baru masuk bilik. Kul 5 petang kita keluar ke swimming pool. Tapi org agak ramai......so gi pantai. Main air, walaupun ombak agak besar. Lama sikit baru gi swimming pool. Dapatlah praktis apa yg dah tau. Kat situ sampai kul 7.
Malam kami BBQ kat tepi pantai. Kali ni abi testing lampu yg baru dibeli. Mula angin kuat juga. Susah nak hidupkan api. Akhirnya arang boleh menyala.... dapatlah makan ayam, ikan dan kentang. Kali ni tak de nasi, itu pun dah kenyang! Kul 11 lebih kami balik ke bilik. Penat dan seronok.
Esoknya, Jumaat. Masih kat Cherating, jalan2 kat tepi pantai, mendengar deruan ombak dan menghirup udara laut - menyegarkan! Yah & Iqah sempat main buai, and the guys berenang kat swimming pool. Dah hampir 11 pagi, balik ke bilik utk check out.
No comments:
Post a Comment