
4 prinsip perlu ada dalam diri untuk mendapatkan kebahagiaan hidup:
1. Ada rasa hormat kepada makhluk Allah, tak kira manusia atau haiwan
2. Jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu
3. Bersikap lemah lembut
4. Setiap hari bangun dan berniat bagaimana hendak manafaat diri untuk kebaikan orang/sejagat.
Elakkan diri dari mempunyai alasan untuk tidak melakukan sesuatu.
Kuatkan kemahuan (mujahadah nafs) untuk melakukan sesuatu yang positif.
Bagaimana hendak kuatkan kemahuan????
Sebagaimana menurut Ibn Qayyim bahawa mujahadah nafsu itu ada lima jenis iaitu yang pertama ialah
mujahadah dalam melawan apa yang diperintahkan oleh nafsu.
Kedua,
mujahadah diri dalam menuntut ilmu.
Ketiga,
mujahadah diri dalam mengamalkan apa yang dipelajari.
Keempat,
mujahadah dalam menyeru manusia kepada apa yang kita pelajar
Kelima ialah
bersabar atas kesulitan-kesulitan dakwah.Dan lagi ,
Ibnul Qayyim al-Jauziyah berkata,
“Apabila hati seseorang itu lalai dari zikir kepada Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang lalai ini, lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”Istiqamah:
Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan."