Wednesday, March 3, 2010

Pulangnya ke rahmatullah

Mulanya dapat SMS dari Mak Cik yg dia on the way ke HUKM bersama P.Long pukul 4 pagi, Hafiz kritikal. Umi ke sekolah tapi pukul 10 lebih sikit dapat call yg Hafiz dah dijemputNya. Innalillah hi wa inna ilahi rajiun. Akan dikebumikan di kg. Pukul 11.30 Umi balik, dan ambil MA serta MIF kat sekolah masing2. Angah ikut juga dan Abi balik kul 12 lebih. Ambil half day off. So bertolak ke kg, sampai sana dah 4 ptg. Orang ramai dah kat rumah Nenek, what a sad,sad day to us.... He looked so peaceful now. After what he had been thru' all these while. Lepas Asar dimandikan,solatkan dan dikebumikan. Kuburnya sgt hampir dgn kubur arwah Atuk & P.Ngah. He wanted to be really close to Atuk it seems. Selepas talqin, kami tinggalkan dia di sana.

Itulah penghujung kepada sebuah kehidupan fana dan bermulalah satu kehidupan yang abadi. Jadi hidup yang mana kita sepatutnya sediakan untuk bahagia? Yang sekejap atau yang kekal? Mmg tak dinafikan kita kerap lupa/leka.. itu sbb nama kita insan..org yg mudah lupa. Tapi bila kita ingat cepat2 beristighfar ats kealpaan.. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kita.
Masa azan Isya, kami bertolak balik ke BP, dan almost 12am selamat sampai. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment