Teringat pula waktu kami ukuf tahun 2005 dulu. Sampai Arafah lewat petang... untuk makan diberi instant noodles aka maggi. Duduk dlm khemah ramai2. Sepanjang malam baca doa/zikir, qiam. Esoknya tunggu waktu zuhur , dgr khutbah ukuf. Lepas Asar keluar dari khemah, panjat batu, ambil gambar, sampai nak masuk maghrib. Bertolak balik ke Makkah (our group not going straight to Mina). Sampai ke Makkah kami terus ke masjid untuk solat Subuh diikuti tawaf haji.Sebaik siap tawaf , jemaah di masjid sedia untuk solat raya. So kami berpeluang solat sunat Raya di Makkah dan dengar khutbah dalam bahasa Arab. Ini rasa ruginya kalau tak faham B.Arab. Selepas itu kami buat sai' dan sempurna tahalul awal. To commemorate that Abi bercukur.
Pagi tadi dgn Angah gi pasar nak beli grocery untuk masak esok. La... lontongnya dah habis. ketupat siap tak bape cantik. Sarung ketupat pun tak da. So how?? Nampaknya kena wat nasi impit le. Actually I don't plan to make ketupat but since Abi keep mentioning that the kids want it, buat gak lah.
By 3pm.... our menu to be is: BBQ malam ni , sempena birthday Mahirah (Abi nyer idea). Wat kat belakang rumah je since both our neighbours not around. Then masak untuk esok such as nasi impit, rendang daging, sambal kacang, lodeh kering, ayam masak merah. Angah pula teringin nak makan mee soto so kena wat accessory such as sop tulang dan pergedil. Perghhh! Banyak pulak nampaknya.
Kalau semua tolong, insya allah dapat disempurnakan.
Now I have to start marinating the chicken for BBQ. Abi dah siap beli charcoal and fire starter.
Way to go....
No comments:
Post a Comment