

Ini doa apabila orang memuji kita ( doa Saidina Abu Bakr AsSidiq RA):
اللهم اجعلني خيراً مما يظنون واغفر لي ما لا يعلمون،ولا تؤاخذني بما يقولون
Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan, ampunkanlah aku atas apa yang tidak mereka ketahui dan janganlah aku dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka katakan.
O Allah, make my reality better than what they think of me, and forgive me for that which they do not know and do not take me to task for what they say.
Kita kadang kala dipuji, sedangkan tak tahu sama ada pujian itu betul ikhlas atau tidak, atau ada masa pujian itu menyebabkan kita syok sendiri, i.e bangga diri, riya' dsb, dan ada kala yang dipuji tidak setimpal dengan apa yang kita lakukan, maka mohon lah kepada Allah seperti dalam doa ini. Mudah2an setiap apa yang kita lakukan diterima Allah...... kerana itu lah yang sangat2 kita harapkan.
No comments:
Post a Comment