Siapa yang tiada masalah ?
Tiada siapa di dunia ini yang pernah sepi dari pelbagai urusan dan permasalahan.
Seorang ibu dan ayah tentunya mempunyai banyak tanggung-jawab keluarga dan hidup bermasyarakat. Pilihan manakah yang terbaik yang baik lagi secocok untuk diri dan keluarganya serta sumbangan kepada komuniti di sekelilingnya.
Seorang anak muda juga tidak sedikit urusan dan permasalahan yang dihadapi. Urusan pengajiannya, perhubungan dengan rakan-rakannya, organisasi yang diceburnya dan perancangan hala-tuju masa depannya.
Seorang pemimpin organisasi juga sentiasa dihujani dengan pelbagai urusan dan permalahanan demi mengejar misi dan visi organisasi yang dipimpinnya. Masalah dalaman dan luaran kerap menghujani hati dan kotak pemikirannya.
Seorang rakyat marhein yang berpendapatan rendah kerap mendepani masalah harian bagi mengalas perut anak-anaknya yang kerap kelaparan dek permasalahan kewangan yang dihadapinya dan masa depan mereka yang entah ke mana.
Saranannya....
Mintalah bimbingan langsung kepada Allah swt dengan penuh kesungguhan dan kepasrahan. Mengapa ? Kerana Allah Yang Maha Kuasa, yang menggenggam dan membolak-balikkan hati dan jiwa manusia. Tidak semua perkara perlu kita hebahkan atau kita kongsikan dengan semua orang yang kebanyakannya tidak boleh berbuat apa-apa. Tentulah lebih baik kita berkongsi dengan Allah yang lebih tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya.
Bantulah kami Ya Rabb....
Copied from fb Dr. Zainur Rashid

No comments:
Post a Comment