Friday, December 18, 2009

Happy Birthday!














First of all Happy Birthday to MA! Dah 14 tahun kau ye. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki, menjadi anak yang soleh dan rajin berusaha.... Dulu kocik yo...! Terhegeh2 buat itu dan ini. Kalau sambut birthday dia lah paling kecoh. Orang lain nyer birthday pun dia nak potong kek gak... Kali ni tak de kek lah. Tunggu kek Yah buat entah bila siap nyer.
Last night we celebrated it in PH as well as for 4 other occasions: Awal Muharam, Belated Yah's birthday, Yah dpt wat degree and also M'sia menang bola...heh,heh..
Tazkirah Awal Muharam @ hari Jumaat: Jadikan setiap hari adalah lebih baik dari semalam. Allah jadikan hidup ini bukan sia-sia atau tiada pertanggungjawaban, oleh itu ingat apa yang kita lakukan akan diperhitung di akhirat nanti. Yang baik ataupun yang buruk. Sebagai makhluk yang diberi Allah akal fikiran: apakah kesudahan yang kita mahukan..?


Thursday, December 17, 2009

Satu hari lagi...


Its almost over! Pejam, celik, pejam, celik.... Tahun ni dah nak habis. Esok kita sambut Awal Muharam 1431H. Hari ni hari terakhir 1430H. What is the significance? Renungkanlah, apa yang dah kita buat sepanjang tahun 1430H sebagai seorang muslim? Adakah kita telah jadi individu yang lebih baik dari tahun sebelumnya?

Sepatutnya jawapannya: ya. Sebab umur kita kian meningkat, dari belum baligh dah jadi baligh, hari-hari yang kita lalui menjadikan kita lebih matang. Perlakuan semasa kanak-kanak mesti ada beza bila dah dewasa. Setiap fajar yang menyinsing adalah masa pinjaman dari Allah untuk kita guna sebaik mungkin sebagai hambaNya. Dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan di akhirat nanti.

So c'mon guys... wake up !!! You want to change the world? Yes, you can... Start from within... within yourself: "I want to change the world....change my mind.. and it's wonderland..." (Macam pernah dengar je.....!, Kat mana eh..? Anime? Inuyasha?..)

I want to change the world
Walk again
Fight against the wind
Don't be afraid to be true
'Cause now you have to bring
the power of your smile
on your face
Change my mind
Keep on holding on your desire
You will get a shining love
That you can reach alone
If you go on to get your goal
It's wonderland....

Monday, December 14, 2009

Tak ada masa?!


Ramai orang kata .."Ah! Tak sempat nak buat, tak de masa" atau " Saya mana ada masa nak baca buku, sibuk selalu..." atau alasan yang sewaktu dgn nya. Tetapi adakah betul tak ada masa atau perkara tu tidak diutamakan? Sebenarnya itu yang betul nya. Kita tak akan buat sesuatu kalau kita tak utamakannya. Tak buat perkara yang sunat sebab tak utamakan. Tak baca buku untuk tambahkan ilmu sebab tak utamakan. Tak baca quran sebab utamakan main games, contohnya lah. So... anak2 Umi sekelian... Think carefully: What is your priority? Avoid saying "no time to do this and that.."

Bila suruh buat ape2 cepat2 buat, that is the priority at that time jangan terhegeh2..!