Sunday, April 17, 2011

Tazkiyah an nafs

Pagi dengar siaran ulangan berkenaan "Taqwa" di ikim.fm. Oleh Ustaz Dr Zulkifli, yg selalu beri penyampaian dgn bershj tetapi penuh ilmiah. Bagaimana nak capai taqwa, kenapa perlunya taqwa,tingkat taqwa. Tiap2 Jumaat manusia diberi ingat supaya bertaqwa oleh khatib. Setiap perkara perlu lalui 3 hal sebelum ia berlaku: niat (dlm hati) , disuarakan dan dipraktikkan. Taqwa juga demikian. Mana mungkin disebut sipolan2 org yg bertaqwa kalau tidak dpt dilihat pada zahirnya ketaqwaannya.
Surf kat internet, jumpa pula blog ni.. rupanya editor siasah, yg juga membincangkan isu yg sama dan isinya ada yg sama dalam program radio.
Dari Imam Ghazali: “Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatnya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikan apa yang difirmankan dalam Al Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi keuntungan, pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan pada sifat taqwa.”
Manafaat taqwa:
1. Mendpt bantuan dan perlindungan Allah
2. Penyelesaian masalah dan rezeki.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)
Ayat ini ada org panggil " Ayat 1000 dinar"
3. Dijanjikan syurga dan dijauhkan neraka
4.Ditutup kesalahan dan dilipatganda pahala.
5. Darjat yg tinggi di hari akhirat
6. Dicintai Allah
7. Diampuni dosa
8. Diterima amalan
9. Dikurniai keberkatan hidup
10. Pewaris bumi
11. Diberi ilmu yg bermanafaat
12. Diselamatkan dari tipu daya musuh
13. Dimudahkan dlm urusan
14. Diberi petunjuk dlm menentukan yg mana benar dan bathil.
Sahabat Rasul SAW memberi analogi taqwa seperti berikut:
Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”
Hadis Rasul SAW pula: “Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).